HARI 1 Ya ALLAH, Aku tahu diri ini bila - bila masa sahaja akan melupakan dirimu, Tidak kira susah atau senang, Aku tahu diri ini terlalu ingin perhatian manusia dan dunia, Terutamanya ketika terasa diri ini berada di puncak, Kau pemegang hati, Kau pemegang Nyawa. Tolong aku Ya ALLAH. Aku tak mampu memperingatkan diri aku setiap masa, Aku mahukan pengakhiran yang baik, Aku takut akan leka. 10 May 2020 17 Ramadhan 1441 4.52 pagi.
Ini masanya, Aku letakkan kata -kata dan doa, Bila pahit itu datang, Aku carikan gula untuknya, Sebab hati ini berbolak balik, Aku mulakannya setelah berjujuran air mata ini, Keadaan yang aku sendiri sudah muak dengan kejahilan diri. Kebetulan angka 17 menjadi saksi. Dengarlah Jeritan QALBU ku ini. .